Rabu, 17 Mei 2017

MAWAR BERDURI BAB 9

BAB 9
RESAH hatinya sebaik sahaja menerima mesej dari Tan Sri Fattah. Lelaki itu meminta dia datang ke restoran tempat mereka selalu bertemu dulu. Ada urusan penting yang perlu mereka selesaikan dengan Datuk Izhar.
Diane mendecit. “Malam-malam macam nilah dia sibuk nak ajak bercakap pasal kerja,” ucap Diane sebal.
Sambil bersiap, Diane sempat memberi mesej yang pertemuan mereka terpaksa dibatalkan dek kerana hal itu. Namun lelaki itu segera menghubungi Diane.
“Sorry sangat-sangat. I terpaksa pergi jumpa tan sri. Penting,” ucap Diane bersungguh.
“Tiba-tiba aja? Ada apa?”
“Tak adalah tiba-tiba. Dia dah bagitahu semalam. Tapi I buat tak tahu aja. Datuk Izhar tak ada call I pun kata nak jumpa hari ni. Tak tahu pulak rupanya dia nak datang. Sorry ya?” ucap Diane lembut.
“It’s okay. You okay ke tu?” balas Rauf akur.
“Okay aja. You, pukul 10 nanti you datang sana ya? Kita pergi supper,” ujar Diane lembut. Esok mereka tidak bekerja. Jadi, tidak kisahlah jika pulang lambat sedikit.
“Okay,” jawab Rauf.
“See you.”
Bersiap ala kadar, Diane segera turun mendapatkan keretanya. Tiba di Hard Rock Cafe, dia lihat hanya Tan Sri Fattah sendirian. Tiada kelibat Datuk Izhar.
“You’re late, baby...” ucap lelaki itu setelah Diane tiba di hadapannya.
Diane sekadar menarik kerusi lalu duduk. Tidak ada mood mahu membalas soalan itu.
“I dah orderkan minuman kesukaan you,” ucap Tan Sri Fattah lembut.
“You kata Datuk Izhar ada sekali? Mana dia?” balas Diane dengan pandangan sekilas cuma kepada lelaki itu.
Tan Sri Fattah menghela nafas perlahan. “You tak masuk ofis petang tadi, kenapa?”
“I pergi ambil kereta di service centre.” Diane sekadar menjawab biasa. sekali lagi kepalanya ditelengkan memandang sekeliling.
“Kita nak discuss apa kat tempat macam ni?” tanya Diane hairan. Suasana agak bising. Selesakah nanti?
“Izhar tak jadi datang. Penakut bini,” ucap Tan sri Fattah selamba.
Terpempan seketika Diane mendengar ucapan lelaki itu. Sudah diagaknya. Mana mungkin lelaki seorang itu mahu berjumpa di tempat begini.
“You tak beritahu I yang Datuk Izhar tak jadi datang?”
“I memang nak jumpa you,” jawab Tan Sri Fattah sambil mencapai gelas airnya.
“Ada apa lagi?” ucap Diane tidak senang. terasa dia seperti telah dikenakan oleh lelaki ini. Sia-sia saja dia membatalkan janji dengan Rauf.
“Tiba-tiba aja you berubah. Dah tak pedulikan I. Kenapa, Diane?” balas Tan Sri Fattah lembut.
“Ini peluang you untuk kumpul seberapa ramai perempuan untuk you bawa ke katil. Apa nak kisah, Fattah?” perli Diane sinis.
“You tahu I terlalu sayangkan you, Diane. You’re special to me. I tak main-main,” tekan Tan Sri Fattah bersungguh.
Diane menggeleng dengan keluhan kuat. Tatapan dua bola matanya dialihkan ke meja sebelah yang kosong. Namun pandangannya tiada arah tujuan.
“Diane, apa kata kita bernikah di luar negara?” ucap Tan Sri Fattah lagi.
“Fattah, you tak faham ni! I dah tak nak. Tolonglah jangan buat I macam ni,” tekan Diane bersunggu.
“You nak I ceraikan isteri I? I boleh buat, sayang. I rindukan you,” ujar lelaki itu bersungguh.
Diane menggeleng pantas. “I tak mahu you buat apa-apa untuk I lagi, Fattah. I cuma nak teruskan hidup macam biasa. Tolonglah lepaskan I! I tak mahu isteri you tahu apa yang berlaku antara kita dulu.”
Lelaki tua itu mula tersandar di kerusinya. Selalunya agak senang memujuk gadis ini. Namun kali ini Diane nampak berbeza. Seperti sudah nekad. “You dah ada orang lain?” tanya Tan Sri Fattah agak mendatar.
“No! Of course not!” balas Diane pantas.
“Jadi, apa masalahnya? Tiba-tiba you berubah. Putuskan hubungan kita macam tu saja,” balas Tan Sri Fattah masih dalam reaksi yang sama. Hati mula mengesyaki yang Diane sudah bertemu dengan cinta lain.
Diane menghela keluhan panjang. “I cuma dah muak jadi boneka.”
“Really? Semua tu percuma ke? Apa yang you nikmati hari ni, kalau bukan atas kepercayaan I, you takkan berada di tempat sekarang,” balas Tan Sri Fattah sambil merenung wajah tanpa alat solek itu.
“I dah agak you akan ungkit semula.” Diane menggeleng dengan sedikit tawa sinis.
“Diane, fikir baik-baik. I boleh berikan apa saja yang perlukan. I akan jaga you baik-baik, sayang. I mengaku selama ni I terlalu ikutkan perasaan. Tapi I tak pernah tipu tentang perasaan I. I nak kahwin dengan you,” ujar Tan Sri Fattah bersungguh.
“Sekali you kantoi ada skandal, you kata perempuan tu perangkap you. Seterusnya you kata itu fitnah pula. Kemudian bila budak tu kata dia nak buat ujian DNA, you kata you tak sengaja. I rasa I ni memang bodoh sebab percayakan you selama ni!” jawab Diane.
“Okay... okay... I’m sorry. I janji I tak akan buat begitu. Kita nikah dan pergi jauh dari sini, sayang. Kali ni I tak akan sakitkan hati you lagi. You tahu I memang sayangkan you, Diane...”
Diane menoleh sebaik sahaja pelayan tiba membawa minuman untuknya. Dia sekadar memandang sekilas sebelum mengalihkan perhatian ke arah lain.
“Diane, talk to me. I bersungguh ni.”
“I can’t! Perasaan I dah tak ada lagi pada you. I tak mahu jadi pemusnah kehidupan orang lain. Cukuplah dengan apa yang kita dah lalui dulu, Fattah. I dah tak boleh teruskan lagi. Kembalilah kepada isteri you. Dia terlalu baik pada you selama ni. Apa lagi yang you nak dari I?” tekan Diane bersungguh.
“Kenapa keras sangat hati you sekarang ni?”
“Sebab sekarang I dah sedar yang begitu bodoh kerana cinta. Sebab cinta I berdiam biarpun I tahu you meniduri perempuan lain!”
“I dah tak buat macam tu! Kan I dah cakap sebelum ni? I dah insaf...”
“Insaf? You sebut perkataan yang sama berkali-kali sebelum I dapat tahu budak umur 17 tahun mengandung disebabkan you!” cemuh Diane sinis.
Lelaki tua itu mengeluh perlahan. “You tahu kenapa I tak pernah paksa you layan I?”
Diane sekadar memandang tanpa menjawab.
“Sebab I betul-betul sayang. I tak sampai hati paksa you ikut kehendak I. But come onlah, Diane... I lelaki. I perlukan benda tu.”
Diane ketawa sinis sambil menggeleng. Bertuah dia. Itu tandanya lelaki ini memang baik orangnya! Mujurlah dia tidak begitu naif membiarkan maruahnya tergadai kerana cinta.
“Whateverlah, Fattah. I nak balik.”
“Diane, nantilah dulu. Janganlah buat I macam ni. I tahu you marah. Kita minum dulu? I dah order air untuk you ni,” pujuk Tan Sri Fattah kembali melembutkan nadanya.
Diane menghela nafas kuat. Gelas air di hadapannya terus dicapai. Air berwarna kemerahan itu disedutnya rakus. Gelas tinggi itu dihentak ke meja. Sengaja menunjuk perasaan marah dah meluatnya.
“I dah minum. Sekarang I nak balik,” ujar Diane selamba.
“Okay. Tunggu sekejap. I settlekan bil. Kemudian I hantar you ke kereta,” balas lelaki tua itu. Terus berpaling untuk memanggil pelayan. Tanpa meminta bil, dia sekadar meletakkan wang di atas meja. Lekas-lekas bangun membuntuti Diane yang menonong pergi.
Namun sebaik sahaja sampai di pintu restoran, Diane merasa sesuatu yang aneh kepada dirinya. Jantungnya berdegup kencang sehingga senak dadanya.
“Oh my God...” keluh Diane perlahan. Keningnya berkerut. Rasa macam terkena serangan jantung pula.
“Diane?” sapa Tan Sri Fattah hairan.
“I rasa semacamlah. Apa you buat, Fattah?” ucap Diane lantas menekup dadanya.
“You cakap apa ni? I tak buat apa-apa! Come... I hantar you ke kereta. You nak pergi klinik ke?” Tan Sri Fattah sempat memandang sekeliling. Di hadapan restoran itu kereta mereka berdua terpakir dekat-dekat sahaja. Senanglah kerjanya!
“I nak balik. I rasa tak selesa,” ucap Diane lantas menolak tangan lelaki itu. Mahu segera keluar dari situ.
“Diane...” Tan Sri Fattah cuba memapah ketika gadis itu hampir terjatuh sewaktu melintasi jalan untuk ke tempat parkir.
“Don’t touch me!” Diane mula tidak tentu arah. Tangan lelaki itu ditepisnya. Resah semacam dengan keadaan dirinya saat itu. Rasa seperti dia akan lumpuh dalam seminit dua lagi.
“Janganlah degil. You tak okay ni. I boleh hantarkan you balik, sayang.”
Sekali lagi Tan Sri Fattah cuba memapah Diane ke keretanya. Kali itu Diane sudah hampir kehilangan upaya untuk menolak. Berkali-kali dia meminta dibawa kereta miliknya dan bukan ke kereta lelaki itu.
“You tak boleh drive dalam keadaan macam ni. Bahaya,” pujuk Tan Sri Fattah bersungguh.
“Let me go!” ucap Diane mula teraba-raba di tepinya. Tubuhnya terasa melayang-layang. Terlalu ringan.
“Diane, I Cuma nak tolong you,” pujuk lelaki tua itu. Sedang sibuk menolak Diane masuk ke keretanya, bahunya ditepuk seseorang dari belakang. Tan Sri Fattah segera menoleh ke belakang.
“Ada apa?” tanya lelaki itu kepada seseorang yang sedang berdiri memandangnya.
“Biar saya hantar dia balik.”
“Kau siapa???” ucap Tan Sri Fattah mula berang dengan gangguan lelaki itu.
Rauf berdiri memandang lelaki tua itu. Masakan lelaki ini tidak cam dia siapa?
“Rauf, anak saudara Engku Fatimah. Uncle tak kenal saya?” jawab Rauf seketika kemudian.
Sepotong nama itu membuatkan Tan Sri Fattah kaku sesaat dua.
“Saya hantar dia balik,” ucap Rauf sekali lagi.
“Aku boleh hantar dia. Kau tak payah susah-susah. Jangan masuk campur urusan aku!” ucap Tan Sri Fattah lantas menutup pintu kereta. Kemudian dia berjalan menuju ke tempat pemandu.
Rauf segera mendekati tempat duduk Diane. Pintu itu kembali dibukanya. Membuatkan Tan Sri Fattah kelam kabut kembali semula kepada Rauf.
“Kau jangan usik dia!!!” jerkah Tan Sri Fattah berang. Bahu Rauf sempat ditariknya. Namun Rauf menolak lelaki itu kasar.
“Siapa yang nak usik dia sebenarnya?” tanya Rauf dengan pandangan tajam kepada lelaki itu.
“Dia girlfriend aku! Tahulah aku nak buat apa pada dia. Kau tak payah nak sibuk!!!” jerkah Tan Sri Fattah semakin berang.
Rauf berdiri memandang lelaki itu. Ikutkan hatinya lelaki itu mahu ditumbuknya.
“Saya tahu apa tan sri nak buat pada Diane. Jangan teruskan. Atau saya akan beritahu puan sri nanti,” ucap Rauf bersungguh.
“Pergilah beritahu. Kau ingat aku takut???” balas Tan Sri Fattah tetap meninggi.
Tanpa mempedulikan lelaki tua itu, Rauf segera menarik tangan Diane.
“Diane,” panggil Rauf. Mata Diane celik semula. Seperti terdengar suara Rauf. Namun dia tidak tahu adakah benar itu Rauf atau dia sedang bermimpi. Terpandangkan seorang lelaki di hadapan matanya. Leher lelaki itu dipautnya.
“Help me,” bisik wanita itu.
“I help you. Wake up, baby...” bisik Rauf sambil menampar sedikit pipi Diane. Namun gadis itu tetap longlai.
“Hei! Hei!” Tan Sri Fattah cuba menolak saat lelaki muda itu cuba mengeluarkan Diane dari kereta. Hampir bergelut mereka berdua semata-mata berebutkan sekujur tubuh perempuan yang sedang longlai itu. Namun dek kerana tubuh muda Rauf sudah tentu lebih besar berbanding lelaki itu, Tan Sri Fattah terdorong ke belakang akibat ditolak oleh Rauf.
“Kalau kau berani, mari dekat sini,” ancam Rauf bersungguh. Penumbuknya siap dikepal. Menunggu masa untuk dihadiahkan kepada lelaki itu.
Tan Sri Fattah tersandar di keretanya. Hampir terjatuh. Sudahnya dia menegakkan tubuhnya. Tidak lagi mampu berbuat apa-apa saat melihat Rauf mencempung tubuh Diane.
“Ingat mati. Kita semua bukan kekal atas dunia ni saja. Tua buat cara tua!” ucap Rauf sebelum membawa gadis itu ke keretanya pula.
Tan Sri Fattah merengus geram. Berkecai harapannya untuk mendapatkan gadis itu.
Bersusah payah memasukkan Diane ke dalam keretanya. Tubuh Diane diselimutkan dengan jaket miliknya. Kemudian keretanya terus dipandu pulang ke kediaman Diane. Setelah memberhentikan kereta berhampiran dengan pintu pagar, Rauf keluar dari kereta.
“Sayang, bangun...” panggil Rauf sambil pipi gadis itu ditepuk lembut beberapa kali. Diane terjaga semula. Namun tetap mamai biarpun tidak lena sepenuhnya.
“Where am I?” tanya Diane agak payah.
“Rumah you,” jawab Rauf.
Diane tiba-tiba menolak lelaki itu. Kemudian dia memandang dirinya. Masih elok berpakaian.
“I tak buat apa-apa, sayang. Jangan risau,” ucap Rauf bersungguh.
“I tak ingat. Apa dah jadi?” ujar Diane sambil dia cuba menegakkan tubuhnya. Mahu keluar dari kereta itu. Tetapi ketika dia mahu berdiri, tubuhnya melurut jatuh.
“Diane!” Rauf cepat-cepat menyambut sebelum gadis itu jatuh terduduk di atas aspal.
“I can’t walk,” ucap Diane perlahan. Terpaksa duduk semula di kusyen kereta.
Thank you so much. Sekali lagi you terpaksa jadi hero I.” Diane berbisik perlahan saat memandang wajah lelaki itu. Sempat menyentuh wajah Rauf yang masih setia memandang kepadanya.
“You suruh I datang tadi. Masih ingat?” tanya Rauf lembut. Kalaulah dia tidak datang awal tadi, entah apa yang akan terjadi.
Diane mengeluh sambil memicit kepalanya. Kosong di dalam fikirannya seolah-olah segala memori di dalamnya sedang beku.
“Macam mana nak naik atas? You boleh jalan?” tanya Rauf lembut. Hendak dibantu bawa ke atas, dia pun bukannya boleh masuk ke dalam sana. Hanya penghuni sahaja dibenarkan masuk.
Diane diam sambil memejamkan mata. Ligat otaknya seperti sedang berputar agar pemikirannya kembali normal semula. namun terbayang wajah bekas kekasihnya itu. Cukup menyakitkan hati!
“Kepala I peninglah,” ucap Diane amat perlahan. Rauf sekadar terkebil-kebil memandang Diane menyuak rambutnya. Terpandangkan jaket lelaki itu semula, dia segera mencapainya. Sambil menyandarkan kepalanya, Diane memejamkan mata.
“My prince charming...” Dan seterusnya tidak lama kemudian Diane pun zzzzzzz...
Dia? Tercongok sambil duduk di atas bahu jalan. Setia dan sabar menunggu sehingga gadis itu terjaga semula.
Sepi sekelilingnya ketika matanya celik semula. Diane memandang sekeliling. Masih gelap. Lekas-lekas dia memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah jam 2 pagi rupanya. Namun dia perasan dia sedang berada di dalam kereta Rauf. Tetapi dia tidak tahu di mana lelaki itu. Diane lekas-lekas menjengah ke luar. Dia terpandangkan lelaki itu duduk di atas aspal sambil bersandar ke keretanya.
“Rauf,” panggil Diane pantas. tidak sedar begitu lama dia tidur di dalam kereta Rauf rupanya.
Rauf menoleh semula. “Are you okay?” sapa lelaki itu sambil dia bangkit dari duduknya.
“Kenapa you tak kejutkan I?” tanya Diane lantas jaket lelaki itu dialihkan dari tubuhnya.
“I tak sampai hati,” jawab Rauf lembut. Lega sedikit hatinya melihat Diane sudah mula kuat semula. Tidak lagi selembik malam tadi.
“I’m so sorry. I menyusahkan you sampai macam ni sekali,” ucap Diane perlahan. Dia tidak sangka Rauf akan begitu sabar menunggu sehingga dia terjaga.
“Tak apa. Yang penting you okay semula.” Rauf terus membantu Diane berdiri. Tidak lagi seperti semalam. Dua kakinya tidak lagi merasa lembik.
“Thank you so much,” ucap Diane perlahan. Tidak terucap rasa terima kasih dan syukurnya atas apa yang dilakukan lelaki ini untuknya.
“Tak perlu terima kasih. I hanya buat apa yang perlu untuk lindungi perempuan yang I sayang, Diane.” Rauf menjawab lembut. Jika wanita ini dalam kesusahan, masakan dia akan memandang sahaja? Sudah tentulah tidak.
“You perlukan rehat. You boleh drive ke?” tanya Diane. Lebih baik dia naik ke atas sahaja agar lelaki ini dapat pulang ke rumah.
Rauf tersenyum lembut. “Boleh. You pergilah naik. Jaga diri baik-baik,” ucap Rauf lembut.
Diane mengangguk dengan sedikit senyuman sebelum dia menutup pintu kereta itu. Namun sebelum dia berlalu ke arah pintu pagar kondominiumnya, Diane berpaling semula mencari lelaki itu.
“Rauf...”
“Ya...”
“If I did anything right in my life, it was when I gave my heart to you. I just want to tell you, I can’t imagine my life without you,” ujar Diane bersungguh.
Rauf terpaku memandang gadis itu. Namun kemudian dia tersenyum sebelum kembali mendekat.
“Diane, I tak mahu jadi lelaki yang akan melukai you suatu hari nanti. I tahu bukan mudah untuk kita meletakkan kepercayaan kepada seseorang. Tetapi I nak you tahu, biar sesusah mana keadaannya nanti... I akan tetap bertahan demi you. I tak akan biarkan you sendiri.”
Sungguh dia terharu. Matanya berkaca-kaca. Membiarkan hati terisi semula itu bukanlah kehendaknya. Sebaliknya semua ini berlaku begitu sahaja dikala hatinya tidak mahu.
“You lelaki yang baik, Rauf. Good night,” balas Diane rendah.
“Good night, baby.”
Rauf terus berdiri memandang gadis itu berjalan lambat-lambat ke arah rumahnya. Dan di saat Diane kembali memandang kepadanya, dia mengangkat tangan. Menghadiahkan secangkir senyum indah. Namun tatkala kelibat Diane sudah menghilang, senyuman itu memudar sedikit.

Di ruang matanya terbayangkan seseorang. Dan tiba-tiba perasaannya jadi begitu pahit. Hadir seseorang di dalam bayangannya membawa gambaran bahawasanya perjalanan cinta antara dia dan Diane akan menjadi begitu berduri. Sakit untuk digenggam. Namun melepaskannya, dia tidak rela!

1 ulasan: