Rabu, 17 Mei 2017

MAWAR BERDURI BAB 8

BAB 8
MASIH belum ada berita baik tentang keretanya yang masih tersadai di bengkel. Dan Diane juga tidak punya banyak kesempatan untuk selalu menjengah ke pusat servis itu. Setengah hari ini gadis itu tidak lekat di pejabat. Terpaksa menghadiri program bual bicara di stesen tv berkenaan syarikat. Pulang hanya setelah selesai waktu makan tengahari.
Rauf sempat menoleh dari mejanya saat terpandangkan Diane di pintu masuk. Memelikkan melihat Diane berjalan lain macam. Pandangan matanya terus mengekori Diane sehinggalah gadis itu masuk ke bilik kerjanya.
Rauf bangkit meninggalkan mejanya lalu ke kamar itu.
“Hai.” Sapa Rauf dari muka pintu sebelum masuk. Matanya sempat terpandangkan sebelah kasut Diane di atas meja. Diane menoleh.
“Come in,” ucap gadis itu lembut.
“Kenapa ni?” tanya Rauf setelah dia masuk.
“Kasut I tercabut tumitnya,” adu Diane. Sudahnya jalannya macam tempang dek kerana tumitnya sudah tertanggal. Sebelah lagi kasut dikakinya itu ditanggalkan lalu kedua-duanya diletak di belakang kerusinya.
“Macam mana boleh tertanggal?” tanya Rauf hairan. Sempat memandang ke bawah. Diane berkaki ayam semata.
“I terpijak lubang tadi. Terlekat kat lubang tu. Meeting sekejap lagi. Kasut I dalam kereta!” luah Diane perlahan. Dia pula tidak suka mengenakan sandal ketika di pejabat, jadi dia tidak punya kasut lebihan.
“Amy?”
“Kasut dia I tak muat. I nak balik rumah sekejap.”
“I nampak puan sri kat bawah tadi. Sempat ke?” tanya Rauf lantas memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah jam 2 suku.
“I tak ada pilihan lain, Rauf.”
Rauf segera berjalan ke arah kasut itu. Sebelah lagi kasut berwarna coklat pudar itu dibeleknya. Tanpa dilihat Diane, tumit kasut itu cuba dipatahkan. Agak sukar dek kerana gamnya masih kuat. Namun dua kali mencuba, sudahnya patah juga.
“Pakai,” ucap Rauf lantas menyerahkan sepasang kasut itu ke kaki Diane. Diane yang sedang memandang komputernya sekadar memandang sekilas ke bawah.
“Pakailah. I dah cabut tumitnya,” ucap lelaki itu lantas memegang pergelangan kaki Diane. Kasut itu cuba disarungkan ke kaki Diane.
“Eh! Jangan!” cepat-cepat Diane menarik kakinya. Rauf mendongak memandang gadis itu.
Diane tiba-tiba terdiam memandang lelaki itu yang masih mencangkung di hadapan lututnya.
“Why?” tanya Rauf agak hairan dengan pandangan aneh Diane.
“Tak ada apa-apa.” Diane cuba berlagak biasa. Sungguh dia merasa segan dan terusik dengan perbuatan lelaki itu. Kasutnya yang berada di tangan Rauf segera diambil lalu dikenakan ke kakinya.
“Much better,” ucap Diane. Lega dengan jalan penyelesaian yang ada. Rasanya ini lebih baik berbanding daripada apa yang terdetik di fikirannya. Rauf bangkit semula setelah sepasang kasut itu berada di kaki Diane semula.
“Thank you, Rauf.” Diane ikut bangkit. Beberapa fail ikut dikautnya untuk dibawa bersama. Namun sebelum berlalu ke pintu, dia berhenti di hadapan lelaki itu.
Rauf sekadar terkebil-kebil memandang gadis itu mengusik tali lehernya. Dan tanpa amaran, Diane tiba-tiba mengusap pipi sang lelaki dengan hujung jemarinya.
Rauf terpempan. Berdebar hebat dadanya. Saat dia memandang sepasang mata milik sang perempuan, Diane hanya memandangnya tanpa sepatah kata sebelum berlalu ke pintu.
“Diane,” panggil Rauf sebelum wanita itu meninggalkan dia di situ.
“Ya...” Diane menoleh semula. Renungannya lembut. Seolah-olah ada sesuatu sedang tersimpan di dalam renungan itu.
“I text you nanti,” ucap Diane pada saat Rauf mahu kaku memandang kepadanya.
“Ya,” balas Rauf perlahan. Diane tersenyum sedikit sebelum berlalu dari kamar itu untuk ke bilik mesyuarat.
Rauf kembali ke mejanya. Namun entah kenapa diri merasa terawang-awangan sendiri. Masih terbayangkan apa yang berlaku antara dia dan Diane tadi. Fikirannya terus ralit mencari maksud di sebalik semua itu. Aura terasa berbeza berbanding sebelum ini. Menghangatkan rasa hati.
Hampir jam lima setengah petang barulah kelihatan pengarah-pengarah keluar dari kamar mesyuarat. Namun kelibat Diane masih tidak kelihatan. Sebaliknya Datin Paduka Engku Fatimah terlebih dahulu muncul bersama adiknya.
“Rauf, jom minum petang dengan Mummy Ti.” Datin Paduka Engku Fatimah sempat singgah di meja anak saudaranya itu.
“Ha? Err...” Rauf sempat memandang ke arah kamar Diane. Masih juga belum kelihatan gadis itu.
“Jomlah. Dah lama Mummy Ti tak jumpa Rauf. Asyik tak ada aja di rumah,” ajak wanita itu bersungguh.
“Okaylah,” jawab Rauf akur.
Sudahnya Rauf meninggalkan lantai 11 itu tanpa memberi pesanan kepada Diane. Di bawah Datin Paduka Engku Fatimah meminta pemandu membawa mereka ke Crystal Palace Plaza. Rauf hanya akur begitu sahaja. Macam sudah tahu ke mana mereka akan pergi.
Namun di sana dia terlihat mamanya juga ada. Sedang minum petang bersama kakaknya, Amanda dan seorang wanita lain. Dada Rauf berdegup kencang sebaik sahaja terpandangkan wanita itu. Tengku Puteri Umi Kalthom, isteri kepada Tengku Muzaffar. Emak mentua kakaknya dan ada ura-ura bakal menjadi ibu mentuanya juga.
Masak aku... desis hati Rauf tidak senang.
“Baru nampak muka anak bertuah ni,” tegur Puan Sri Nur Ain sebaik sahaja Rauf tiba di meja itu.
“Mama sihat?” tanya Rauf sebelum dia tunduk mengucup tangan ibunya.
“Sihat. Kenapa tak balik?” tanya Puan Sri Nur Ain.
“Rauf busy sikit, ma.” Rauf segera mengucup tangan kakaknya pula.
“Tegurlah auntie ni,” ucap Puan Sri Nur Ain sambil memuncungkan bibirnya kepada besannya itu.
“Auntie,” sapa Rauf lembut. Wanita itu hanya ketawa kecil.
“Kena panggil Marina ke sini kalau macam ni. Susah nak jumpa anak bujang Kak Ain ni,” seloroh Tengku Puteri Umi Kalthom lantas ketawa.
“Eloklah tu. Call dia sekarang. Suruh dia datang,” jawab Puan Sri Nur Ain cukup senang hati. Sempat mengerling anak lelakinya. Jangan harap kali ini Rauf dapat mengelak lagi.
Alamak... janganlah panggil dia pulak. Hati Rauf merayu sendiri. Mula serba salah pula. Ikutkan hatinya hendak sahaja dia balik sekarang juga! Namun dia terpandangkan kerlingan mamanya, meminta dia duduk di situ. Lembik segala sendi. Rauf duduk juga biarpun rasa terpaksa.
Resah di dalam hati seperti tidak tertahan. Dia asyik memandang jam di pergelangan tangan biarpun di sekelilingnya rancak bercerita. Meminta masa biarlah lekas berlalu. Namun apa yang paling ditakutinya muncul juga. Tengku Marina!
Pandangan gadis itu tertancap di wajah Rauf agak lama setelah berada di meja itu. Hampa hatinya. Dia tahu lelaki itu tidak teruja seperti mana dia teruja. Sepatah diajukan pertanyaan, sepatah juga dia menjawab. Puan Sri Nur Ain kerap memandang anaknya. Agak tidak sopan apabila Rauf lebih kerap memicit telefon berbanding memberi perhatian kepada orang sekelilingnya.
Ketika jam sudah enam setengah, Rauf segera meminta diri. Puan Sri Nur Ain sempat menjegil mata kepada anak lelakinya. Mengharapkan anaknya itu berusaha mendekati Tengku Marina. Sebaliknya Rauf hanya buat tidak faham sahaja.
Bukan main laju lagi Rauf berjalan meninggalkan Crystal Palace Plaza. Mahu lekas kembali semula ke pejabat untuk mengambil motosikalnya. Biarpun sedar telefonnya asyik berdering di dalam poket seluarnya, Rauf sengaja tidak menjawabnya.
Tiba semula di pejabat, Rauf segera mendapatkan motorsikalnya. Namun sebelum itu dia menghubungi Diane.
“I cari you tadi. You hilang macam tu aja. I call you tak jawab,” ucap Diane setelah menjawab panggilannya.
“Sorry. Tadi Mummy Ti ajak I pergi high tea. Terjumpa mama I.”
“I rasa agak janggal bila you langsung tak jawab call atau mesej dari I. I rasa lost,” ujar Diane lagi.
“I’m so sorry. I tak berniat nak buat macam tu, sayang.”
“So, you okay ke ni?” tanya Diane lembut. Lega setelah mendengar penjelasan Rauf.
“Okay. I dah nak balik ni.”
“Okay. Drive safe...”
Tersenyum Rauf mendengar bicara yang kedengaran sedikit lunak itu. “Diane, I nak ajak you pergi dinner malam ni.”
“Ya? Di mana?” sambut wanita itu tanpa banyak kira.
“The 39?” balas Rauf dalam pada dia tersenyum sendiri.
“So, what should I wear tonight?” tanya Diane perlahan.
“Anything you want, baby.”
“Okay. I ambil you di rumah lepas maghrib,” ujar Diane lembut.
Usai perbualan pendek itu, Rauf tersenyum sendiri. Lekas-lekas memanjat motorsikalnya. Mahu lekas tiba di rumah. Hati berbunga ria. Kembang setaman meraikan musim mekarnya kelopak cinta. Tiada orang lain di dalam fikirannya. Tiada Tengku Marina atau mana-mana wanita lain yang hendak didekatkan kepadanya. Hanya ada Diane Rose. Gadis yang dipuja sepenuh jiwa!

JAM 8 malam itu, Rauf turun ke bawah setelah diberitahu yang Diane sudah tiba. Sebelum keluar dari lobi, sempat melihat dirinya di cermin. Namun saat dia mendekati kereta, dia lihat Diane sedang bersandar di keretanya di sebelah tempat duduk penumpang.
“You drive,” ucap Diane setelah lelaki itu tiba. Namun Rauf tidak terus mendekati tempat pemandu. Dia berdiri terpaku memandang kepada wanita itu.
“Wow...” matanya menilik dari atas ke bawah. Gaun hitam yang dikenakan Diane tidaklah begitu ketat pada bahagian atasnya. Namun agak jarang pada dari separas paha sehingga ke lutut. Sebahagian bahunya terdedah untuk jilatan mata lelakinya. Cantik sudah tentu biarpun agak seksi.
Diane sekadar tersenyum sebelum membuka pintu untuk masuk. Ketika lelaki itu masuk mereka berpandangan seketika.
You’re so beautiful,” ucap Rauf perlahan.
“You too,” balas Diane biasa. Mujurlah lelaki di sebelahnya tidak hanya turun dengan jeans, baju tee lusuh dan selipar semata-mata. Mengenakan jeans biru bersama blazer biru gelap yang dipadankan dengan kemeja putih bebutang hitam di sebaliknya, tampak menawan.
Kereta segera digerakkan pergi. Entah kenapa mereka berdua berdiam pula untuk seketika. Seolah-olah kematian idea untuk berbual. Namun kemudian Diane menoleh kepada lelaki itu.
“Kenapa tiba-tiba you ajak I pergi dinner di luar?”
“Hmm?” Rauf menoleh.
“Selalunya kita ada dekat-dekat sini aja. Ada apa-apa yang penting?” tanya Diane.
“Saja.” Rauf menjawab perlahan. Namun entah bagaimana melintas wajah Tengku Marina di ruang matanya. Juga ada rasa tidak enak di dalam dadanya apabila mengenang gadis itu.
Setiba di sana, mereka diberikan meja di balkoni. Tidak begitu ramai orang malam ini. pelayan segera datang membawa menu. Namun Diane kaget apabila pelayan itu meletakkan sekuntum bunga di hadapannya bersama sebongkah coklat.
For you, miss...” ucap pelayan lelaki itu sambil tersenyum.
“Really?” Diane segera memandang lelaki di hadapannya itu. Rauf hanya memandang.
“From him. He said he loves you,” ucap pelayan itu lagi sambil menunding ke arah Rauf dengan ibu jarinya.
“Oh, God... I terkejut. Sorry. Thank you,” ucap Diane lantas ketawa kecil. Tidak dapat ditahan wajahnya merona sedikit.
“I tahu you suka coklat,” ucap Rauf sambil tersenyum. Segera menyambut menu dari pelayan itu.
“You dah plan sebenarnya ya?” tanya Diane setelah pelayan selesai mengambil hidangan.
“I tak ada kerja nak buat waktu dihimpit emak-emak yang bersembang di tepi telinga I petang tadi,” ujar Rauf sambil tersenyum.
“Thank you so much. I hargai, Rauf.”
“Most welcome.” Lelaki itu memandang sekeliling seketika sebelum kembali memandang buah hatinya.
“I ada confession.”
Kening Diane berkerut sedikit merenung tampang Rauf. “Confession?”
“Yup. Err... petang tadi waktu I dalam ofis you, I terfikir sesuatu...” Rauf diam lagi. Mencari bicara sebenar yang hendak disampaikan kepada gadis itu.
“Diane, I want to spend my life with you.”
Diane terpempan seketika. “Itu confessionnya?”
“I want to marry you,” ujar Rauf lagi.
Terkejut. Diane merenung lama tampang lelaki itu. “You tak rasa ke ini terlalu cepat?”
Rauf membisu pula sambil memandang ke arah permandangan di luar balkoni itu. Indah. Tetapi entah kenapa hatinya tidak melekat di sana. Terbayang-bayang lagi apa yang berlaku petang tadi. Ada petanda yang membuatkan hatinya merasa tidak aman. Ingin benar diluahkan tetapi dia tahu itu akan memburukkan kemanisan yang ada saat ini.
“Rauf?” panggil Diane.
Rauf menoleh semula kepada gadis itu.
“What’s wrong? You nampak serius malam ni. Selalunya you tak macam ni,” ujar Diane lembut.
“I tak mahu buat lawak bodoh waktu kita sedang menikmati makan malam yang indah macam ni,” jawab lelaki itu dengan sedikit senyum di bibir. Cuba menyembunyikan duka laranya.
Diane tidak menjawab dalam pada matanya masih memandang lelaki itu. Terngiang-ngiang bicara lelaki itu tadi.
“Rauf, you nak tahu... I tak pernah membayangkan I akan jadi isteri orang suatu hari nanti. Sungguh. I tak pernah berangan ke arah itu,” ujar Diane jujur. Rauf hanya tenang mendengar bicara gadis itu.
“I tak tau macam mana kehidupan I nanti bila I berdua dengan seseorang kerana selama ni I hanya sendiri. Dah 10 tahun I belajar hidup sendiri,” ujar Diane perlahan.
“I akan cuba bertahan untuk 10 tahun lagi agar you belajar hidup dengan I, Diane.”
“You rasa I orang yang tepat?”
“I love you. Diane, apa definisi cinta bagi seseorang? Tapi untuk I besar maksudnya. Begitu juga perkahwinan. Kata orang kita perlu kenal hati budi sekurang-kurangnya sebelum bercakap tentang ini. Papa I selalu kata, keadaan tak akan sama biarpun kita ambil masa 10 tahun untuk kenal hati budi sebelum berkahwin, Diane.” 
Diane tunduk sedikit mendengar bicara lelaki itu.
“Diane, I tak mahu paksa. You tahu kenapa I sebut tentang ini sekarang ni? Supaya you mengerti yang I tak mahu jadi lelaki yang dampingi seorang perempuan begitu saja. Kita bukan sedang cuba-cuba adakah kita sesuai untuk hidup bersama. Tapi I akan usahakan untuk hidup bersama you. You’re what I need in my life,” ucap Rauf lagi.
Kali itu Diane menuntaskan pandangan ke arah sang lelaki. Lama matanya memandang ke arah Rauf. Hanya beberapa minggu mengenali keperibadian lelaki ini, hati seperti telah melekat sepenuhnya. Terbayang apa dilakukan Rauf ketika di dalam kamar kerjanya petang tadi. Terpandang pula bunga ros di atas meja itu. Perempuan manalah yang tidak suka dilayan seperti ini?
“When I’m with you, I feel safe from the things that hurt me inside.
Kata-kata itu membuatkan sang lelaki tersenyum sedikit.
“Kita makan dulu? I tak mahu hal ni nanti membuatkan kita tak selera nak makan,” ujar lelaki itu seketika kemudian.
Namun usai menikmati makan malam, Rauf mengajak Diane berlalu pula. Soal itu termati di situ.
“Kita ke mana?” tanya Diane. Sudah hampir jam 11. Mereka masih di ibu kota.
“Jalan-jalan. Sesekali kita dengar muzik, bercakap tentang hidup kita. Kita rasa bebas dari tekanan,” ujar Rauf perlahan.
“Really? Esok kerja,” ucap Diane membuatkan lelaki itu ketawa.
Teringat coklat yang diberikan oleh Rauf, Diane segera membeleknya.
“Bukalah. I tahu you dah tak sabar nak baham coklat tu,” ujar Rauf saat mengerling apa yang dibelek Diane.
“You ni memang memahamilah,” balas Diane dengan sedikit tawa. Terus dia menyiat pembalut coklat itu. Dua bongkah dipatahkan lalu disua kepada lelaki di sebelah.
“I lebih suka coklat berbanding aiskrim sebenarnya,” ucap Diane lembut.
“Ehem...” Rauf hanya mengangguk sambil mengunyah coklat itu. Agak pahit rasanya.
Namun spontan dia menoleh ke sebelah. Terpandangkan tabiat Diane. Gadis itu tidak mencubit coklat itu. Sebaliknya terus digigitnya. Seterusnya dia tersandar kenikmatan saat coklat itu mencair di dalam mulutnya.
“Emmm... heavennya,” keluh Diane dengan mata terpejam.
Rauf tersenyum sendiri sambil menggeleng. “You tak takut gemuk ke?” tegur Rauf.
“Dulu waktu I student di Wellington, I kena buat kerja part time sebagai model cat walk. Itu tak boleh makan. Ini tak boleh makan. Kadang kala I rasa penat sangat bila terlalu banyak pantang larang. Sekarang I makan apa yang I nak makan. I don’t care,” jawab Diane selamba.
“So, you kena kerja untuk tampung diri sendiri. Daddy you?” tanya Rauf.
Diane diam pula. Macam tidak mendengar. Matanya merenung coklat yang masih berbaki di tangannya.
“I rasa I bukan anak dia. I tak ada ayah,” ucap Diane perlahan.
“Maksudnya?” Rauf menoleh kepada gadis di sebelahnya.
“Dalam birth certificate I, nama ayah I tak ada. Cuma mummy selalu kata yang daddy tu ayah kandung I. Selama ni daddy I pun tak begitu pedulikan I seolah-olah memang betul I ni bukan anak dia.”
Rauf terdiam mendengar itu. Sebelum ini dia ada mendengar serba sedikit tentang kisah hidup Diane. Emak dan ayahnya bercerai ketika dia berusia 10 tahun. Semenjak itu dia dibawa pulang ke Wellington oleh ibunya. Semenjak itu juga dia terputus hubungan dengan ayah kandungnya.
“I agak mungkin I ni sebenarnya anak luar nikah,” ujar Diane perlahan.
“Diane, jangan cakap macam tu,” ucap Rauf serta merta.
Namun gadis itu tersenyum pahit. “I tak berapa tahu kenapa daddy tak pedulikan I selama ni, Rauf. Ini kebenaran tentang hidup I. Memalukan, kan?”
“Tak ada apa yang memalukan tentang itu. Kalau benar sekali pun, hal itu tak elok disebut-sebut selalu. Mummy you pun dah tak ada. Biarlah kisah tu mati begitu saja,” ujar Rauf lembut.
“Orang Melayu tak suka anak luar nikah, kan? Famili you macam mana?”
“Diane... kita cakap pasal lainlah.” Sekali lagi Rauf menegur. Agak tidak senang dengan apa yang dibangkitkan Diane saat ini.
Diane menghela nafas perlahan. Baki coklat itu disimpan semula dalam pembungkusnya.
“Hakikatnya kita ni jauh berbeza. Keluarga you orang baik-baik. Sedangkan I tak tentu asal usul,” ujar Diane perlahan.
I will take every risk just to be with you. Diane, it’s not hard to find someone tells you that they love you. But it’s hard to find someone who actually means it. I just want you. To be with you, that’s all I want,” ucap Rauf bersungguh.
“You selalu buat I tersenyum tanpa sebarang sebab, Rauf.”
“Really?” Rauf tersenyum saat memandang gadis di sebelahnya itu.
“You make me happy in a way no one else can,” ujar Diane lembut.
“Itu aja?” balas Rauf dengan kerutan di kening.
Diane tersenyum sambil bersandar ke kerusi. Memandang lelaki itu memandu dengan pandangan masih utuh di jalan raya.
“Don’t you get it? I love you!” ucap Diane pantas.
Spontan Rauf menoleh kepada wanita itu. Macam tidak percaya.
“Tan Sri?” tanya Rauf bersungguh.
“What about him?” balas Diane hairan.
“Dia di mana? Dan I mana?” tanya Rauf lembut.
“Dia dengan isteri dialah. You di sebelah I,” jawab Diane selamba.
“You tahu apa yang I maksudkan sekarang ni, Diane.”
“Ya. I tahu...” Diane menghela nafas perlahan.
“Dia bukan sesiapa lagi kepada I semenjak sebelum I tahu dia berfoya-foya dengan perempuan lain. Semenjak sebelum I jatuh cinta pada you. Semenjak entah bila. I tak tahu, Rauf.”
“Dia masih inginkan you?” tanya Rauf lagi.
“You tahu itu semenjak awal lagi. Kenapa you masih tanya?”
“You rasa I tak rasa apa-apa bila dia asyik cuba dekati you ketika di pejabat? Call you malam-malam?”
“Jadi, apa yang patut I buat? I dah abaikan dia sedaya upaya I. I dah suruh dia lupakan I. I dah jauhkan diri dari dia. You sendiri nampak. Tapi dia yang masih tak reti bahasa,” balas Diane bersungguh.
Rauf menghela nafas perlahan. Bohonglah jika dia tidak merasa cemburu setiap kali melihat Tan Sri Fattah sibuk mengejar Diane.
“How lucky I am to be in love with you.”
Rauf menoleh kepada wanita itu semula. Renungan wanita itu membuatkan jantungnya mula bersimpang siur degupannya. Sudahnya dia ketawa kecil untuk meredakan rasa gugupnya. Tidak betah digoda.
Namun senyuman Rauf terencat sedikit saat bayang Tengku Marina dan ibunya melintasi benaknya. Berkali-kali mata dipejam celikkan agar moment indah ini tidak dicacatkan dengan kehadiran bayangan itu.
“How I wish this night would never end.” Lelaki itu mendesis perlahan.
Me too. Supaya esok kita tak perlu pergi kerja,” jawab Diane. Serta merta mereka ketawa.
Namun menjelang awal pagi, gadis itu sudah mula keletihan. Bersiar-siar menikmati keindahan kota sudah tidak menarik kepadanya lagi.
“Hantar I balik, Rauf. I dah penat.”
“Jom,” balas Rauf akur. Sudah jam dua pagi.
“Hantar I balik ya? Esok I pergi ofis naik uber. I dah tak larat nak drive. Mengantuk.”
Rauf hanya mengangguk akur sambil menggerakkan keretanya pulang ke rumah Diane.
“I happy sangat dengan you. Thank you so much for loving me,” bebel Diane dalam pada matanya sudah mula layu di kerusinya. Kemudian tanpa meminta kebenaran dia memindahkan kepalanya ke bahu Rauf.
Rauf sempat menoleh saat perempuan itu memeluk lengannya. Terkedu saat terbaukan haruman dari wanita itu.
“I want to marry you.” Wanita itu berbicara perlahan pada saat kelopak matanya sepenuhnya.

Rauf terdiam. Berkali-kali menoleh ke arah Diane. Adakah benar bicaranya tadi? Atau pun sekadar igauan mimpi? Kereta dilarikan dalam kelajuan sederhana. Tidak ingin wanita ini begitu cepat berlalu dari hidupnya.

3 ulasan: