Isnin, 15 Mei 2017

MAWAR BERDURI-BAB 5

BAB 5
JAM 9 setengah pagi itu, Rauf meminta untuk keluar seketika dari pejabat. Diane sudah menunggunya di lobi.
“Jom?” ajak Rauf sebaik sahaja bertemu dengan wanita itu. Diane sekadar mengangguk.
“You punya manager tak marah ke you keluar ni?” tanya Diane sebaik sahaja masuk ke dalam kereta lelaki itu.
“I dah minta kebenaran,” ujar Rauf lembut. Kereta terus dikeluarkan dari ruangan parkir.
“Wangilah kereta you. You pakai perfume apa ni?”
“Daun pandan. Murah aja. 10 ringgit I beli di kedai,” ujar Rauf lantas menunjukkan botol merah kecil yang bergantung di hadapan corong aircond.
“Patutlah. I tak pernah jumpa bau parfume kereta macam ni. Rasa tenang aja,” komen Diane. Bau ini amat menenangkan jiwa.
“Kalau dengan I memang you akan rasa tenang aja,” ucap Rauf dengan muka selamba.
Diane menoleh ke sebelah dengan pandangan ekor mata. “Kenapa I, Rauf? Ramai lagi perempuan yang lebih baik berbanding I.”
“Sebab I suka you. I tahulah I tak kaya macam Tan Sri Fattah.”
“That’s enough! You ni sebenarnya sama aja macam lelaki lain. Sama saja macam orang lain. You don’t even know who I am!” ucap Diane sedikit mengeras nadanya. Sehabis mengucapkan bicara itu dia terus mengalihkan pandangan ke luar.
“I’m sorry. I tak sengaja.”
Diane mendengus sedikit. Bosan! Hanya mahu segera pergi ke tempat itu untuk menyelesaikan masalah keretanya. Tidak mahu terus terhutang budi dengan lelaki ini.
“Diane, you pun tak beri I peluang langsung untuk kenal you, macam mana?”
“Salah I sebab I tak pandang lelaki macam you?” balas Diane lantas kembali memandang lelaki itu.
“I buat you kecil hati?” tanya Rauf lembut. Sempat menoleh ke sebelah sebelum kembali memandang ke hadapan.
“Penting lagi ke you tanya lepas you bercakap sesuka hati?” cebir Diane perlahan.
“Okay. I minta maaf.”
Diane hanya berdiam entahkan menerima entahkan tidak maaf itu. Tidak berminat mahu memanjangkan bicara, dia hanya memandang ke luar. Rauf juga memilih untuk berdiam. Tidak mahu terus menimbulkan suasana tegang antara mereka.
Tiba pusat service itu, ada seorang lelaki Cina sedang berdiri di tepi kereta Diane. Lelaki itu menoleh sebaik sahaja, kereta milik Rauf berhenti di sebelahnya.
“Ini Steven,” ucap Rauf sebelum mereka keluar dari kereta itu. Diane sekadar mengangguk.
“Hallo, bos!” sapa Steven sambil tersenyum kepada Rauf.
“Apa macam?” balas Rauf sambil mendekati lelaki itu.
“Ada bagus. Ini tuan punya kereta? I Steven.” Steven menyapa Diane pula.
“Diane,” ujar Diane biasa.
“Kunci ada? I suruh budak towing masuk sana,” pinta Steven lembut. Diane segera menyerahkan kunci keretanya kepada lelaki itu.
“You sudah buang itu minyak ka semalam?” tanya Steven pada Rauf.
“Sudah. Banyak asap lorrr...”
“Sudah teruk,” komen Steven sambil menggeleng sedikit.
“You kasi reportlah sama itu tauke. Minta ganti rugi. Ini enjin haa... walaupun kita sudah overhaul tak akan boleh cantik lagi macam dulu. You banyak rugi lorr...” ucap Steven kepada Diane.
“Really?” wajah Diane berubah sedikit. Semakin hampa hatinya mendengar itu.
“I pernah repair satu kereta Ford model baru. Salah masuk minyak juga. Itu kereta bunyi sudah teruk. Minyak sudah masuk enjin. Makin jauh you pandu kereta, kereta you habis!”
Diane segera memandang ke arah Rauf usai mendengar penjelasan lelaki itu. Rauf hanya diam. Sungguh dia kesal dengan apa yang berlaku semalam. Sesuatu yang tidak disangkanya. Setelah kereta itu dimasukkan ke dalam bengkel, mereka berbincang lagi di situ sambil menunggu pemeriksaan dilakukan oleh beberapa orang mekanik.
“Ini macam memang lama sikit mahu buat. Kena buka semua, cuci semula. Ganti part yang sudah rosak. Seminggu paling cepat,” ucap Steven setelah memeriksa bahagian enjin.
“Kalau kasi masuk enjin baru, apa macam?”
“Bos, ini kereta Mercedes. Bukan cikai-cikai punya enjin senang boleh ganti. Enjin mahu order dulu. Mahu setting itu komputer semula. Lagi lama lorr...” jawab Steven bersungguh.
“You tengok itu amoi, sudah bad mood. Kasi order satu enjin barulah,” ucap Rauf perlahan. Ekor mata dikerlingkan ke arah Diane yang memandang ke arah lain.
“Kos manyak besar, bos.”
“Pasal wang lu jangan bising dululah. Angkat satu enjin baru. Kasi masuk sini. Janji itu amoi happy sudahlah.”
“Itu lu punya girlfriend ke? Manyak cun! Kasi hadiah satu Mercedes barulah. Mintak wang sama lu punya abang besar.” Steven ketawa kecil.
“I nak dia jadi girlfriend I tapi dia tak mahu.”
“Aiyoo... manyak rugi itu macam lorr.”
Rauf ikut ketawa. Dan ketika itu, Diane turut menuntaskan pandangan ke arah Rauf.
“You all cerita apa?” tanya Diane hairan melihat dua lelaki itu tersenyum-senyum berdua.
“Tak ada apa. Tengah bincang pasal kereta you nilah.” Rauf buat-buat serius pula. Diane terus memandang ke arah Rauf. Lelaki itu tertunduk-tunduk mengusik bateri keretanya. Rauf kembali memandang Diane kemudian.
“Apa? Janganlah pandang macam tu. Tergoda tahu tak.”
Steven tergelak sambil menepuk bahu anak muda itu. Diane menggeleng geram. Miang!
“Kira cincailah, Steven. Pasal wang jangan susah hati. Janji ini enjin mesti okay macam dulu semula,” ujar Rauf lagi.
“Okaylah. Okaylah. Tapi paling lama haa... dua minggu. Lu sanggup tunggu?”
“Boleh. Itu hal kecil saja.”
Rauf segera memandang ke arah Diane. “Kena tunggu dua minggu. Tak apa ya?” ujar Rauf.
Diane diam sekejap. Ingatkan mampu baik dalam sehari dua. Nampaknya terpaksalah dia menjadi pelanggan tetap uber untuk dua minggu ini.
“Bolehlah. Janji okay semula,” jawab Diane lembut.
Mereka selesai berurusan di bengkel itu kira-kira jam 12 setengah tengahari. Selama itu juga Diane lebih banyak bersama telefonnya berbanding menguruskan keretanya. Seolah-olah ada seseorang yang sedang berhubung dengannya.
“Kita pergi lunch dulu?” ajak Rauf setelah mereka masuk ke dalam kereta.
“Okay,” jawab wanita itu akur. Alang-alang hanya setengah jam lagi waktu rehat di pejabat.
“You nampak tak happy langsung sepanjang masa ni. Masih marah dengan I ke?” tanya Rauf.
“Not you,” jawab Diane tanpa memandang Rauf. Bukan Rauf orang yang menyakitkan hatinya semenjak berhari-hari lalu. Tetapi lelaki seorang itu.
“Who?” tanya Rauf lagi.
Diane diam sebentar. Masih tidak jemu memandang ke luar. Namun kemudian dia menoleh kepada lelaki itu. “Kita nak lunch di mana ni?”
“You suka di mana?” balas Rauf juga dalam pertanyaan.
“Singgah saja mana-mana restoran di depan ni. Senang kita nak balik office nanti,” ujar Diane sambil jarinya menunding ke hadapan. Rauf sekadar mengangguk.
“Apa yang buat you marah sangat dengan orang yang you marah tu?” tanya Rauf seketika kemudian.
“Kisah I ni tak begitu menyeronokkan untuk didengar, Rauf. I tak mahu nanti I diejek-ejek,” ujar Diane biasa.
“I bukan nak ketawakan you. Semua orang ada buat salah sepanjang hidup ni, Diane. I cuma nak tahu tanda I ambil berat. Kadang-kala kita tersilap jalan, kita tak tahu di mana jalan sebenar. Kita akan tanya orang, Diane. Tapi sebelum itu kita kena bercerita ke mana arah kita sebenarnya supaya orang lain boleh tunjukkan arah yang betul,” ucap Rauf lembut. Separuh memujuk nadanya.
Diane membisu sambil bersandar. Rauf memandang wanita di sebelahnya itu seketika.
“Tak semestinya apa yang kita suka itu bagus untuk kita. Sesuatu yang mendatangkan beban besar, lepaskanlah.”
“I dah banyak kali lepaskan. Rauf. You ingat I masih nak ke lelaki yang hamilkan budak umur 17 tahun sebagai kekasih? Tapi dia yang tak mahu. Menyusahkan hidup I,” jawab Diane perlahan.
“Tan Sri tak mahu lepaskan you?”
Diane hanya mampu mengangguk sedikit. Benci mengenang lelaki itu. Beberapa hari ini kusut fikirannya. Tan Sri Fattah sedang bersama isterinya. Misi melembutkan hati isterinya setelah kantoi kisah gadis remaja hamil itu. Sedikit sebanyak tempiasnya terkena kepada dia.
“Itulah you... kalau you kahwin dengan I, gerenti dia tak boleh ganggu you dah.”
Diane terus menoleh kepada Rauf. Tajam pandangannya namun Rauf hanya menayang wajah selamba.
“I serius ni. I tak main-main. I nampak macam ambil kesempatan? I tak peduli. I buat apa saja untuk dapatkan apa yang mahukan dalam hidup ni, Diane.”
“So, I yang nampak macam terdesak sangat sekarang ni, kan?” ucap Diane sedikit sinis.
“Pedulilah apa orang nak cakap. I bersungguh ni. Diane, ada rahsia yang I nak cerita tentang semalam. Semalam I tahu you ada di restoran tu. you makan malam dengan Datuk Izhar. I sengaja buat-buat terserempak dengan you.”
Wajah Diane berubah sedikit mendengar itu. Lama pandangannya tertancap di wajah Rauf.
“I ikut I?”
“Ya. you boleh panggil I stalker ke apa... I tak peduli. Bila you keluar dengan lelaki lain, I tak suka. Tapi I tak berhak halang. I cuma nak pastikan you baik-baik saja. Tak semua lelaki boleh dipercayai, Diane.”
“Termasuk you?” sampuk Diane pantas.
Rauf meraup wajahnya dengan helaan nafas panjang. Terpandangkan deretan restoran di satu bangunan lot-lot kedai, dia segera memperlahankan kenderaan untuk memasuki simpang. Memilih untuk singgah di situ memandangkan ruangan parkir masih banyak kosong.
“Kita makan di sini ya?” ucap Rauf sambil memandang ke arah dua buah restoran yang tersergam saling bersebelahan.
Diane hanya mengangguk tanpa banyak kira. Pintu terus ditolak untuk keluar. Restoran berpenghawa dingin itu tidak begitu ramai orang. Mereka memilih untuk makan di situ.
“Suka nasi minyak?” tanya Rauf setelah pelayan pergi. Diane memilih untuk makan set nasi minyak.
“Not really. I pilih sebab pilihan nasi tak banyak.”
“I ingat you teringin nak makan nasi minyak. So, kita kena kahwin cepat-cepat. Baru dapat makan nasi minyak.”
Serta merta tersandar Diane di kerusi saat melihat Rauf ketawa.  
“Okay tak punchline I ni?”
“I rasa nak punch muka you!” jawab Diane sambil menggeleng sendiri. Sabar ajalah!
“You ni... I ikhlas ni. Tak baik abaikan orang yang ikhlas.”
“Rauf, enoughlah. Masalah I dengan lelaki seorang tu masih belum selesai. You nak serabutkan I lagi?” keluh Diane perlahan. Pandangan dikalihkan ke arah pengunjung lain. Hanya ada dua meja yang didiami pelanggan.
“Dia tu kita biarkan saja dia dengan labu-labunya. Diane, abaikan orang yang tak reti bahasa. Lebih baik you ambil tahu orang yang ada depan mata tu you ni,” ucap Rauf bersungguh.
Diane kembali memandang Rauf. Lama dia memandang lelaki itu. Entah dari mana munculnya lelaki ini. Tiba-tiba sahaja ada dalam hidupnya, mengaku sukakannya.
“Sekurang-kurangnya berilah peluang pada yang masih bujang ni. Kesian I...” ujar Rauf perlahan.
“Geram I dengan you ni. You pun sama tak reti bahasa,” gerutu Diane perlahan.
Rauf menyeringai sendiri sambil memandang gadis itu. usai makan, gadis itu dibawa kembali ke pejebat. Namun ketika di hadapan lif, Rauf menghulurkan kunci keretanya kepada Diane.
“Eh! Untuk apa?”
“Ambillah. Lama lagi kereta you nak siap. Pakai kereta I,” ucap Rauf bersungguh.
“Tak payahlah. You dah banyak tolong I, Rauf.”
“Ambil. I bersungguh ni.”
“Tak nak. I tak minta you buat sampai macam ni sekali.” Diane berkeras tidak mahu. Pintu lif terbuka, dia segera masuk untuk mengelak dari lelaki itu. namun Rauf lain pula ceritanya. Dia berdiri menghalang pintu itu dari tertutup.
“Rauf! Cepatlah,” rengus Diane tidak senang dengan olah lelaki itu.
“Ambil dulu. Kalau tidak kita duduk di bawah ni sampai petang,” ucap Rauf lantas menghulur kunci keretanya.
“You ni... I tak mahu menyusahkan you sampai macam ni sekali. Tahulah I usaha sendiri.”
“I tak mahu you susah sikit pun. Ambillah. I bersungguh ni.”
“Habis tu you nak pergi kerja macam mana? Naik bas?” gerutu Diane.
“I ada motorlah, sayang.”
Diane diam lagi. Tidak senang untuk menerima pertolongan lelaki itu dengan lebih banyak lagi. Bimbang tersepit nanti.
“Cepat, Diane. Kalau tak kita duduk kat dalam ni sampai minggu depan.”
“Yalah. Yalah. You ni...” rengus Diane lantas mencapai kunci kereta lelaki itu. Rauf tersengih lantas melangkah masuk. Barulah pintu lif itu tertutup.
“Macam tulah sayang abang...” ujar Rauf cukup senang hati.
“Euwww... gelinya!” gerutu Diane pada saat lelaki itu ketawa mesra.
Sebaik sahaja tiba di tingkat 11 mereka berpisah arah. Rauf duduk di tempatnya sambil memandang Yuszar.
“Yus, aku nak tumpang kau balik nanti. Kau nak motor, kan? kereta aku member pinjam. Aku malas nak naik uber. Naik motor cepat sampai.”
“Helmet?” tanya Yuszar sekadar menoleh sekilas kepada temannya. Sibuk dengan tugas.
“Pinjamlah dengan guard yang kerja malam.”
Yuszar segera mengangguk. Rauf tersenyum sendiri sebelum kembali menghidupkan komputernya. Hanya beberapa jam lagi usai waktu kerja.
Petang itu Diane turun ke bawah beberapa minit usai waktu pejabat. Rauf dilihatnya sudah tiada di mejanya. Fikirnya dia mahu menghantar lelaki itu pulang. Rupanya Rauf lebih awal meninggalkan mejanya. Sudahnya dia turun ke lobi untuk mendapatkan kereta lelaki itu. Sempat juga mencari kelibat Rauf, di sekelilingnya. Namun tiada.
Sudahnya Diane menghidupkan kereta lelaki itu. tersenyum sendiri melihat aksesori di dalamnya. Sebetulnya dia tidak pernah memandu model kereta ini sebelum ini. Kereta itu diundur keluar dari ruangan parkir. Namun lima ratus meter meninggalkan bangunan pejabat, dia sudah tersekat di laluan lampu isyarat. Kereta yang dipandunya berbaris paling hadapan. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dia memandang sekeliling. Satu persatu mat-mat motor mula memenuhi ruangan paling hadapan. Lama kelamaan penuh di hadapan kereta itu dengan motorsikal.
Namun pandangan Diane tertancap pada satu motorsikal yang berada di hadapan kereta di sebelahnya. Ada dua lelaki di atasnya. Dan saat si pembonceng motor itu memalingkan wajah ke arahnya, dia terlihat jelas wajah lelaki yang mengenakan topi keledar hitam tanpa penutup wajah itu.
Rauf! Sayangnya Rauf tidak memandang tepat ke arahnya. Diane segera menurunkan cermin. Baru sahaja dia hendak menekan hon, lampu isyarat mula bertukar hijau. Sekaligus ngauman semua motorsikal itu membuatkan bunyi hon kereta itu tenggelam. Satu persatu motorsikal memecut. Pemandu motorsikal itu terpaksa menunggu giliran sambil memulas minyak membuatkan tayar di bahagian hadapan terangkat sedikit.
“Opocot kau hantu!!!” Rauf menjerit terkejut. Spontan motor itu memecut dengan menggunakan tayar belakang semata.
“Yus, apa kau buat ni??? Aku nak jatuh ni!!!” Rauf memekik di atas motor. Yuszar tergelak kuat sebelum tayar hadapannya dijatuhkan Yuszar. Diane melihat Rauf terus menjerit di atas motor.
Saat menggerakkan kereta, wanita itu tergelak besar sambil menggeleng. Kemudian tawanya reda. Namun beberapa detik kemudian, Diane tergelak lagi, lagi dan lagi dek kerana terbayangkan gelagat Rauf tadi. Sungguh menggelikan hati.

“Sengal betul! Tak pasal-pasal aku jadi biul gelak seorang,” desis Diane sendiri.

3 ulasan:

  1. Kahkahah....adoiii... Gilo la... Wakakaka

    BalasPadam
  2. Hahaha..kelakar Rauf ni..Now Im more worried abt tanggapan Puan Sri Ain terhadap Diane. Sejujurnya she is the 1st character in Buehler extended family yg saya least suka. Bagus juga author buat gini..kalau tidak asyik nampak yg baik saja. Not saying dia tak baik but she's very opinionated and suka dengar desas desus.

    BalasPadam