Ahad, 14 Mei 2017

MAWAR BERDURI-BAB 4

BAB 4
BERPELUH! Keretanya sebentar tadi elok sahaja setelah di hidupkan. Namun belum pun jauh meninggalkan stesen minyak tadi, enjinnya mula mengeluarkan asap. Lekas-lekas dia mencari tempat berhenti lalu mematikan enjin.
“What’s wrong with you?” desis Diane.
Panik sudah tentu. Jam segini sudah tahu, bukan mudah mencari mekanik. Apatah lagi dia perempuan. Manalah dia ada mengenal mana-mana mekanik yang dapat membantunya pada waktu ini.
Kelibat Diane di keretanya segera dikesan oleh Datuk Izhar yang baru sahaja meninggalkan restoran tempat mereka makan bersama tadi. Lekas-lekas dia memberhentikan kereta.
“Diane, kenapa ni?” tanya lelaki itu sambil mendekati Diane.
“Tak tahu. Tadi elok aja. Tiba-tiba ada smoke. I matikan enjin.”
Lelaki itu menjengah ke dalam kereta. Melihat isyarat merah pada papan meter kelajuan. Isyarat check engine menyala. Enjin cuba dihidupkan semula. Masih menyala. Namun asap keluar lagi. Dia melihat amaran agak memeriksa enjin itu masih menyala.
“Something wrong dengan kereta you ni.”
“I tak tahu apa dah jadi. Tadi elok aja.”
Datuk Izhar membuka bonet enjin. Namun asap lebih banyak keluar. Malah turut kelihatan dari bawah kereta. Lekas-lekas dia mematikan enjin. Bimbang kereta itu kepanasan akibat kekurangan air. Namun lelaki itu memandang jam di pergelangan tangannya lagi. Sudah lewat. Isterinya sudah memanggilnya berkali-kali semenjak tadi.
“Look. Kereta ni tinggal sini. I rasa malam ni tak ada pomen yang akan datang. kawasan ni pun selamat untuk berhenti. Nak I hantarkan you ke?” tanya lelaki hujung 30-an itu lembut.
Diane lebih cepat menggeleng. Luaran nampak baik. Tetapi malam buta begini, seram pula dia mahu membiarkan lelaki ini menghantarnya pulang. Bukannya dia kenal benar.
“Are you sure? You nak tunggu sini seorang? Bahaya. Dah tengah malam ni,” ujar Datuk Izhar lembut.
“I cuba call my friend. Dia tinggal dekat-dekat sini aja. Lagipun senang I nak datang sini pagi esok,” ujar Diane lantas tersenyum.
Datuk Izhar memandang sekeliling. Seberang jalan sana ada kondominium. Sudah pasti kawasan ini kawasan selamat. Lagipun, sekeliling mereka ada kediaman.
“Okaylah. Kalau perlukan apa-apa bantuan, you ada kad I, kan? Tentang apa yang kita bincangkan tadi... kami akan sediakan kontrak segera.”
Diane mengangguk semata dengan sedikit senyuman. Lega kerana lelaki itu tidak mendesaknya agar mengikutinya. Sebaik sahaja lelaki itu berlalu dengan keretanya, Diane memanggil Amy melalui telefonnya. Sayangnya panggilannya tidak berjawab. Malam kiriman What’sAppnya juga tidak dibaca oleh Amy.
“Alamak... manalah you ni, Amy? I need your help!” rungut Diane seorang diri.
Sempat membelek jam di pergelangan tangan. Sudah jam 12 setengah tengah malam. Sudahnya Diane mengambil jaket dari dalam kereta sebelum menguncinya. Kebetulan keretanya sudah berada di dalam jalur petak parkir di tepi jalan. Lega sedikit hatinya. Namun kedudukan kereta itu tidak sepenuhnya berada di dalam petak.
Diane berhasrat untuk berjalan ke hadapan. Di hujung pandangannya masih ada kawasan makan yang meriah dengan orang. Setelah mengenakan jaket, Diane berjalan meninggalkan kereta kesayangannya.
Ralit menekan telefon untuk memanggil seseorang, Diane menyeluk tangan ke dalam poket jacketnya. Dia terleka. Tidak sedar ada seorang anak muda berjalan laju ke arahnya lalu merempuh kuat sebelah bahunya. Diane terpelecok oleh kasut bertumit halusnya. Sudahnya dia hilang imbangan. Hampir terjatuh.
“Eh! Eh! Eh! Terjatuh pulak dalam pelukan I.” Dia terdengar ada satu suara berkata setelah menahan dua bahunya daripada terjatuh. Diane segera menegakkan tubuhnya untuk mencari wajah lelaki itu.
“You lagi!” rengus Diane.
“Sama-sama,” ucap Rauf selamba.
Diane menjeling sambil memandang bawah. Mencari telefon bimbitnya. Rauf ikut sama mencari. Sama-sama terlihat, sama-sama bergerak mahu mengutipnya. Sudahnya bahu mereka berdua pula yang berlaga. Nasib baiklah Diane lebih cepat mengawal imbangan. Sudahnya bahu lelaki itu dipukulnya.
“Apa? I cuma nak tolong,” ujar Rauf bersungguh. Dia tunduk mengutip telefon itu. Diane sekadar memerhati. Tidak berani lagi mahu mengutip sama.
“Dah pecah. Tak apa. esok I belikan yang baru ya?” ujar Rauf lembut.
“Tak payah. I boleh beli sendiri,” jawab Diane sambil membelek telefon itu. masih berfungsi cuma skrinnya sudah pecah.
“Kenapa you jalan kaki di sini?” tanya Rauf.
Spontan Diane memandang lelaki itu. “You tak tahu atau buat-buat tak tahu?”
“Oh... I buat-buat tak tahu supaya I ada idea nak buat-buat bertanya. Macam mana dengan itu?” jawab Rauf lantas menyeringai.
Diane memandang Rauf dengan pandangan mengecil. “I rasa macam nak cubit aja mulut you ni. Stalker!”
“Itu cara berterima kasih kepada orang yang selamatkan you dari terjatuh? Kaki sakit tak?” tanya Rauf lantas memandang ke arah kasut yang dipakai Diane. Kasut itu bertumit tinggi. Pantaslah Diane hilang imbangan tadi.
 “Tak. kereta I tak boleh start dekat dengan tempat I makan tadi. I nak call Amy, dia tak jawab. Nak call uber, I tak berani pulak. Jauh nak balik ni.”
“I boleh hantarkan,” ucap Rauf bersungguh.
Diane diam seketika sambil merenung tampang lelaki itu. Benarkah kebetulan saja lelaki ini ada di sini? atau mengekorinya lagi? Ah! Pedulilah.
“Kereta you di mana?”
“Sana...” ujar Rauf lantas menunding ke arah tempat dia datang tadi.
“So, you jalan kaki kat sini untuk apa?” tanya Diane setelah lelaki itu berpatah haluan. Berjalan arah yang sama dengannya.
“Saja ambil angin malam. Bosan duduk rumah seorang,” jawab Rauf sambil memandang ke belakang. Kelihatan seorang remaja lelaki berjalan sambil berseluk poket ke arah mereka.
Rauf berdeham sedikit sambil sebelah tangannya menyeluk ke dalam poket sebelah kirinya. Saat remaja itu melintasinya, dia sempat menghulurkan not 50 kepada remaja itu. Dan remaja itu mencapainya sebelum bergegas berjalan meninggalkan mereka.
“Kereta you rosak apa?”
“I tak tahu. Tadi lepas I balik dinner, I singgah petrol pump. Lepas I tinggalkan petrol pump tiba-tiba kereta tu keluar asap banyak.”
“Really?” Rauf mengerut kening.
“Mana kereta you?”
“Kat sana,” jawab Diane lantas menunding ke arah belakang. Masih terlihat kelibat kereta itu bersendirian di situ.
Rauf menggaru kepalanya. Sangkanya Diane sengaja berjalan kaki ke sini. Buat penat saja dia mengupah budak itu tadi.
“You hantar I balik ajalah. Esok I selesaikan pasal kereta.”
“Kita pergi tengok sekejap apa masalahnya,” ucap Rauf lembut. Dia kembali berjalan. Kali itu langkahnya dilajukan.
Tidak sampai lima minit memandu, mereka kembali mendapatkan kereta Diane.
“So, you baru keluar dari petrol pump sana. Then, tiba-tiba enjin berasap?”
Diane mengangguk. “Ada bunyi kuat I dengar tadi. I tak tahu bunyi apa.”
“Di bawah atau pada enjin?”
“Di bawah I rasa,” balas Diane sambil memandang Rauf menyuluh bahagian enjin kereta itu dengan lampu suluh.
Rauf kembali cuba menghidupkan enjin. Ada asap keluar biarpun enjin tidak dapat dihidupkan.
“Siapa yang isi minyak kereta you tadi?” tanya Rauf. Tidak berani lagi untuk menghidupkan enjin. Sudah dapat mengagak apa masalah kereta ini.
“Pump attendant tulah,” jawab Diane dengan kerutan di kening.
“You tak tengok minyak apa dia isi?”
Diane diam seketika. Namun kemudian dia menggeleng. Dia berada di dalam kedai. Ketika dia mendekati kereta semula, minyak sudah selesai dipenuhkan di dalam tanki.
Rauf mengambil telefon bimbitnya. Cuba mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian dia menjauh pula. Ingin bercakap tanpa diganggu bunyi kereta yang lalu lalang. Diane sekadar memerhatikan lelaki itu sambil bersandar kepada keretanya. Tidak lama kemudian dia kembali semula.
“You tahu kenapa enjin ni meletup? Pump attendant isi minyak diesel.”
“What???” suara Diane meninggi serta merta.
“Siapa suruh tak tengok. Lain kali tengok minyak apa yang budak pam tu isi. Habislah enjin kereta ni,” ujar Rauf lantas mengeluh. Kepalanya digaru sambil dia berjalan untuk kembali ke keretanya. Dari ruang simpanan barang, dia mengambil tikar picnic yang sentiasa disimpannya di dalam situ. Juga kotak peralatan. Tikar itu dibentangkan di bawah kereta yang rosak itu. Lalu dia berbaring untuk masuk ke bawah.
“Rauf you pandai baiki ke?” tanya Diane lalu mencangkung di sebelah lelaki itu. Tiada jawapan kedengaran. Buat seketika dia hanya memandang separas dada lelaki itu menghilang di bawah keretanya. Tubuh Rauf bergerak-gerak tanda sedang buat sesuatu.
Diane hanya menanti entah apa dibuat oleh lelaki itu. Namun tiba-tiba Rauf bergerak cepat seperti cuba mengelak sesuatu. Tetapi dia tersekat oleh kedudukan Diane yang duduk bercangkung di sisinya. Akibatnya wajahnya basah sehingga ke kolar.
“Apa dah jadi dengan you?” tanya Diane terkejut melihat wajah lelaki itu berkilat.
“You duduk situ. I nak keluar dari bawah ni. I baru aja buang minyak. Habis minyak kena muka I!” ucap Rauf sambil mengibas-ngibas tangannya yang basah kuyup oleh minyak.
“Opss! Sorry...” Diane tercengang dengan riak bersalah. Kasihan pula melihat lelaki itu terduduk dalam keadaan wajah dan kemejanya basah oleh bahan bakar. Keadaan itu sudah tentu agak bahaya.
“Ada air?” tanya Rauf. Matanya pedih sedikit.
“Ada. Tapi botol kecil aja. Boleh ke?” balas Diane. Rauf sekadar mengangguk. Teringat dia ada sehelai baju ganti di dalam kereta. Rasanya lebih baik dia berganti baju daripada membahayakan diri membiarkan dirinya bersalut dengan minyak diesel.
Ketika Diane kembali dengan botol air mineral, Rauf dilihatnya sedang berdiri di tepi keretanya. Tanpa segan silu lelaki itu membuka kemejanya lalu tubuhnya disarung dengan sehelai baju tee putih.
“Sorry. I menyusahkan you aja,” ucap Diane saat lelaki itu kembali semula ke situ.
“Tak apa. Janji nanti you mesti kahwin dengan I,” jawab Rauf lantas berbaring semula di atas tikar picnic itu. Kebanyakan minyak diesel itu sudah dialirkan keluar, mengalir ke arah lubang air di tepi jalan.
Diane terus terpaku memandang lelaki itu. Kepalanya digelengkan sedikit. Asal ada peluang mulalah nak mengayat!
Buat beberapa minit Rauf terus mengerjakan sesuatu di bawah kereta itu. Diane sekadar jadi penunggu.
“I ada call mekanik tadi. Kita tunggu towing truck sekejap ya?” ujar Rauf dari bawah kereta itu.
“You buat apa tu?” tanya Diane lantas menjengah lelaki itu.
“Tutup tanki minyak ni. Kalau minyak ni tak dibuang, bertambah rosak nanti. Ni pun dah nyawa-nyawa ikan,” ujar lelaki itu perlahan. Selesai itu dia keluar semula dari bawah kereta.
“Kita tunggu sekejap. Dah mengantuk ke?” ucap Rauf sambil duduk di atas tar beralaskan tikar itu.
“Tak. I nak selesaikan masalah ni segera. I tak senang hati biarkan kereta ni kat sini,” ujar Diane perlahan.
“Marilah duduk sini,” ajak Rauf. Tikar itu masih luas untuk wanita itu merehatkan kakinya. Namun Diane menggeleng. Lebih selesa berada agak jarak dari lelaki itu.
“Tak payahlah takut. I tak makan orang,” ujar Rauf lembut.
“Tak apalah. I kat sini aja.”
Rauf mengangguk akur. Malas mahu memaksa. Mereka berdiam seketika. Diane sibuk memandang ke arah jalan. Menanti kehadiran towing truck. Namun kemudian dia kembali memandang Rauf. Lelaki itu memandang langit sambil kepalanya disandarkan ke badan keretanya.
“Thank you, Rauf.” Diane bersuara semula. Spontan Rauf menoleh.
“Mana sugar daddy you? Tak call dia?” ucap Rauf lembut. Pertanyaan itu membuatkan riak di wajah Diane berubah.
“What did you say? Sugar daddy? You tuduh I berlebihan dari apa yang you tahu, mister. Istilah sugar daddy tu kedengaran seperti sedang menghina I!”
“Mak... maksud I, boyfriend. I tak ada niat nak menghina, Diane. I’m sorry.” Rauf menggaru kepalanya. Terlepas cakap!
Diane menghela nafas sambil mengalihkan pandangan. Kepalanya digelengkan kesal.
“Sorry. Janganlah marah. I tersilap cakap.”
“What everlah. Dia dengan isteri dia,” ujar Diane rendah. Rauf mengangguk sedikit.
“Kenapa dia?” tanya Rauf lagi.
Diane diam pula. Mengerti apa maksud pertanyaan itu. Mengapa dia memilih Tan Sri Fattah sebagai kekasih? Entahlah. Kata orang cinta itu buta dan juga membutakan. Mungkin itulah yang dilaluinya dahulu.
“Selalu perempuan sukakan lelaki yang matang. Yang sudah ada ekonomi yang baik. Tapi dia suami orang, Diane. Puan Sri Engku Ameenah tu adik kepada mak cik I. Kalau dia tahu... apa pulak pandangan dia nanti,” ujar Rauf lembut.
“I tahu.” Diane menjawab rendah. Terlajak perbuatan, bukan semudah itu boleh kembali semula kepada asalnya.
“Kalau you pilih I kan senang? Tak ada siapa nak marah. You tinggalkan saja lelaki miang tu. Pilih I yang tak berapa nak miang ni. Kalau dengan I... barulah sepadan. Macam pinang dihempas-hempas,” ujar Rauf selamba.
Diane merengus sedikit sambil memandang ke arah lain. Ada-ada saja olah lelaki ini! Namun fikirannya terbang jauh memikirkan keadaan hubungannya dengan Tan Sri Fattah. Sebetulnya, jika tidak mahu merana... dia tidak harus memilih antara kedua-duanya, baik Tan Sri Fattah atau Rauf. Keluarga Rauf masih terlalu dekat dengan Tan Sri Fattah. Bagaimana jika orang tua Rauf tahu siapa sebenarnya dia?
“Towing truck,” ucap Rauf lantas bangun. Dia terlihat sebuah truk penunda berhenti di sebelah sana. Seorang lelaki India keluar lalu menyeberangi jalan.
“Mr. Rauf?” tanya lelaki India itu sebaik sahaja tiba di hadapan Rauf.
“It’s me.”
“You punya kereta ke?” tanya lelaki itu lantas mendekati kereta itu pula. Kereta itu dikelilinginya.
“Dia punya.” Rauf menunding ke arah Diane. Lelaki India itu segera mengeluarkan kad perniagaannya lalu dihulurkan kepada Diane.
“Steven suruh I mari ambil ini kereta. Bawa pergi service centre. Tapi sekarang sudah malam. Kita towing saja pergi sana. Saya kasi park ini kereta depan sana. Esok pagi you mesti mari itu service centre. Baru ini kereta mereka boleh bawa masuk untuk inspection,” ujar lelaki India itu kepada Rauf dan Diane.
“Boleh. Sekurang-kurangnya kita tak tinggalkan kereta ni di sini saja,” sampuk Rauf.
“Siapa Steven?” tanya Diane.
“You call Steven tadi, kan?” tanya Chandran kepada Rauf.
“Ya.” Rauf terus mengangguk.
“Steven tu kawan I,” ucap Rauf kepada Diane.
“Saya panggil itu tow truck mari sini ya?” ujar Chandran lantas menekan walkie talkienya. Meminta pemandu truck mencari tempat untuk membuat pusingan U.
“Apa pasal ini kereta?”
“Sana dalam pump attandant masuk minyak diesel,” ujar Rauf.
“Wow! Itu masalah teruk. Kalau you tak start enjin tak apa. Tapi you sudah drive, itu minyak sudah masuk enjin. Banyak susah mahu bikin. Bodoh ka itu budak pump kasi masuk minyak salah?” komen Chandran agak terkejut. Rauf hanya menggeleng. Wajah Diane kian berubah mengenangkan nasib kereta kesayangannya. Baru setahun menjadi miliknya.
Hampir jam tiga pagi barulah selesai urusan kereta itu. Tiba masanya dia menghantar gadis itu pulang. Masing-masing sudah keletihan.
“Esok pagi macam mana you nak pergi ofis?” tanya Rauf setelah tiba di hadapan kondominium wanita itu.
“I call uber.”
“Esok I hantar you ke service centre tu. Jangan pergi sendiri,” ucap Rauf bersungguh.
“Terima kasih banyak, Rauf. Kalau you tak ada, I tak tahulah apa jadi.” Diane membalas perlahan. Rasanya sudah terlalu banyak dia menyusahkan lelaki ini.
“Tak apa. I tak kisah susahkan diri untuk perempuan yang I suka. Tapi kalau you tak mahu terhutang budi, apa kata you jadi girlfriend I aja.” Rauf sempat menyeringai kepada Diane.
“You ni tak ada kerja lainlah!” Diane merengus lantas menolak pintu. Dia sudah penat benar.
“Thank you again. See you tommorow.”
“Most welcome, baby. I love you...” jawab Rauf lantas tersenyum memandang wanita itu. Diane sekadar buat tidak dengar bicara lelaki itu.
Rauf terus memandang sehingga Diane menghilang di sebalik pintu pagar utama bangunan kondimonium itu.

“I love you too, Rauf...” Diane tidak menjawab, sudahnya dia tolong jawab untuk diri sendiri. Sedih!

1 ulasan: